Perbincangan Perhimpunan tentang "resolusi draf Tujuh Kuasa Bersatu" Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377

Beberapa kenyataan penting yang dibuat semasa perbincangan Perhimpunan pada 377 A, semasa bersidang dalam pleno, termasuk:[14][15][16][17]

Amerika Syarikat (John Foster Dulles)

Jika, sebagai balasan kepada resolusi kami, Negara-negara Anggota benar-benar mewujudkan satu sistem bagi memasti pencerobohan segera didedahkan, jika mereka mengekalkan kekuatan kolektif, dan jika mereka mempunyai kehendak dan cara yang baik untuk menggunakan kekuatan itu dengan segera jika perlu, maka perang dunia ketiga mungkin dapat dielakkan secara tetap ... Ia akan memberikan ketenangan yang sangat besar kepada semua yang mencintai keamanan jika di sini kita boleh sebulat suara menerima pakai satu program yang hanya perlu dirisaukan oleh pihak penceroboh.[18] ...Kita harus bersungguh-sungguh mengatur kehendak kolektif untuk menentang. Jika Majlis Keselamatan tidak melakukannya, maka Perhimpunan ini mesti menggunakan kuasanya yang berbaki dalam bentuk pengesyoran ...[19] Seiring dengan dunia bergerak mengikut jalan yang ditentukan oleh resolusi ini, dunia akan semakin hampir dengan cita-cita Piagam.[20]

United Kingdom (Kenneth Gilmour Younger)

Kesatuan Soviet ... telah mengaitkan kepada Majlis kuasa yang tidak pernah dimilikinya di bawah Piagam, iaitu, kuasa untuk menegaskan bahawa, kerana Majlis sendiri telah dijadikan tidak berdaya menghadapi pencerobohan akibat perbezaan pendapat dalam kalangan anggota-anggota tetapnya, seluruh Pertubuhan dunia hendaklah mencuci tangan mereka daripada seluruh perkara itu dan membiarkan pencerobohan berlaku. Majlis tidak pernah mempunyai hak sedemikian. Sesungguhnya, mustahil untuk membayangkan bahawa pengarang-pengarang Piagam di San Francisco akan setuju dengan usul yang begitu tidak seiring dengan harapan dan kehendak penduduk dunia.[21] ...Resolusi ini seharusnya membantu mengurangkan kemungkinan pencerobohan dengan memberi amaran kepada sesiapa yang bercadang menjadi penceroboh bahawa dia berisiko menyatukan dunia menentangnya ...[22] Semua negara yang cintakan keamanan mesti menyambut baik pemantapan kuasa keamanan yang akan diwakili oleh pelulusan resolusi-resolusi ini.[23]

Perancis (Jean Chauvel)

Perancis menyokong Piagam—keseluruhan Piagam ... Yang mana keamanan dan keselamatan terancam, Perancis menganggap bahawa Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan harus memikul semua tanggungjawab yang dibebankan ke atas mereka oleh Piagam ...[24] Tidak dapat diterima akal bahawa keseluruhan organisasi ini, yang direka untuk menjaga keamanan dan keselamatan dunia, patut terus tidak bertindak apabila ada ancaman kepada keamanan dan keselamatan. Dan jika ... terdapat bahaya yang ketara dengan tidak bertindak sedemikian, maka kita mesti menyemak semula adat kita, kaedah kita, peraturan kita dan tafsiran kita.[25] ...Wakil saya berasa ... tidak perlulah Piagam disemak semula, yang sudah memberikan cara untuk memastikan prinsipnya harus diterapkan ... Draf resolusi ini tidak melanggar kecekapan, tanggungjawab atau kuasa Majlis Keselamatan. Majlis hendaklah memenuhi peranannya; jika ia melakukannya, ia akan memadai ... Namun jika kerana sebab tertentu, ia tidak memenuhi peranannya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak akan lumpuh. Sesi [darurat] khas Perhimpunan Agung boleh diadakan dalam masa dua puluh empat jam dan Perhimpunan ... boleh membincangkan dan menerima pakai mana-mana cadangan yang nampak perlu untuk mengekalkan atau mewujudkan semula keamanan dan keselamatan.[26][27]

Kesatuan Soviet (Andrey Vyshinsky)

Penganjur blok Inggeris-Amerika, dalam ucapan hasutan mereka terhadap KRSS ... semalam dan hari ini, cuba memberi tanggapan bahawa mereka mahu meletakkan penyekat terhadap sesiapa yang bercadang menjadi penceroboh ... Seolah-olah tentera kita berperang di setiap negara! Seolah-olah kita telah melingkari dunia dengan tentera laut, udara dan pangkalan lain yang berapi! Seolah-olah kita sedang menganjur perlumbaan senjata yang kencang, membelanjakan berbilion yang semakin meningkat setiap hari, dicungkilkan oleh pembayar cukai, orang awam Amerika! Seolah-olah kita langsung tidak mahu mengharamkan bom atom! Namun, resolusi draf ini tidak menyebut keperluan untuk memastikan bom atom diharamkan! ...[28] Kita sudah menghabiskan kira-kira lima tahun untuk memastikan keputusan untuk mengharamkan bom atom—penggunaan bom atom—diterima pakai.[29] ...Kami menggantungkan hujah kami pada peruntukan asas yang ditetapkan dalam Perkara 10 Piagam, iaitu Perhimpunan Agung boleh membincangkan dan membuat cadangan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan kuasa dan fungsi mana-mana organ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu—dan oleh itu, organ seperti Majlis Keselamatan—kecuali diperuntukkan sebaliknya. Akan tetapi, dua pengecualian diberikan. Yang pertama, yang terpakai untuk semua perkara, boleh didapati dalam Perkara 12, perenggan 1, yang mengatakan bahawa apabila Majlis Keselamatan sedang mempertimbangkan soalan-soalan ini atau menjalankan fungsinya berkenaan dalam hal ini, Perhimpunan Agung tidak boleh membuat sebarang cadangan .. Pengecualian yang lain terkandung dalam ayat terakhir Perkara 11, perenggan 2, yang mengatakan bahawa jika suatu perkara yang mungkin dipertimbangkan oleh Perhimpunan Agung memerlukan penguatkuasaan ... maka ia mesti dirujuk kepada Majlis Keselamatan . .. Tetapi terdapat satu kekangan asas ... Iaitu ... Perhimpunan Agung boleh memutuskan, apakah langkah-langkah yang "tidak melibatkan kekerasan" yang akan diambil. Memutuskan hubungan diplomatik ialah langkah yang tidak mengguna kekerasan bersenjata. Gangguan hubungan ekonomi ialah langkah penguatkuasaan yang tidak melibatkan kekerasan bersenjata.[30]

Rujukan

WikiPedia: Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377 http://www.undemocracy.com/A-RES-377(V) http://www.undemocracy.com/A-PV.302 http://www.undemocracy.com/A-PV.299/page_4/rect_12... http://www.undemocracy.com/S-RES-83(1950) http://www.undemocracy.com/S-RES-84(1950) http://www.undemocracy.com/A-PV.299 http://www.undemocracy.com/A-PV.300 http://www.undemocracy.com/A-PV.301 http://www.undemocracy.com/A-PV.299/page_4/rect_12... http://www.undemocracy.com/A-PV.299/page_4/rect_12...